Wednesday, 30 November 2011

Story moDe of Life: Azalii (Budak kampung)


Sejak Azalii

Sejak Azalii.. itulah ayat yang sememangnya sebati dengan jiwa aku.Mana sahaja aku pergi, bila aku introduce diri aku mesti ada diantara mereka yang akan mengeluarkan ayat seperti berikut “ Dah memang sejak Azalii ke macam ni??”, dan aku akan jawab “Tak adalah sejak esok dah memang macam ni”, peningkan ayatnya.. kalau aku balas macam tu gerenti diaorang tak boleh cakap ape dah . Falsafah hidup aku simple je, seni adalah tunggak hidup dan nadi aku. Tapi aku tak adalah jadi mat seni sangat yang terlalu obsess pada benda-benda seni ni.. apa yang aku maksudkan dengan falsafah yang aku tulis kat atas tu ialah aku menggunakan seni sebagai medium untuk mengisi masa lapang, contohnya aku menghabiskan masa yang ada dengan bermain gitar dan menyanyi sehari suntuk.. apa? Korang nak kata  yang aku membuang masa  dengan hobi aku ni, apasal pulak ..korang baik-baik karang tak pasal-pasal gitar naik atas kepala. Ok cuba korang fikir.. kalau hobi aku merempit sehari suntuk, bagi korang mana satu lagi baik? Aku tanya ni.. mana satu lagi baik.. haa korang pasti akan jawab hobi yang pertama tadi.. jadi jangan fikir negetif tak tentu pasal lain kali ok.. dah macam Dr. Fadzilah kamsah pulak aku membebel.. jadi itulah antara hobi yang selalu aku buat dekat rumah. Tapi dalam banyak-banyak hobi, aku paling suka melukis.. kenapa, hummm sebabnya aku memang suka melukis dari kecil lagi.. kenapa aku suka, aku dah lupa.. tapi aku bukan nak cerita pasal seni kat sini.. aku nak cerita pasal jalan hidup aku yang tak adalah best sangat ni, nak buat novel tak laku pulak nanti.. filem apatah lagi. Tapi apa pun aku nak berkongsi jugak  dengan korang pengalaman hidup aku yang tak seberapa. Cerita aku bermula sewaktu aku sedang menyahut seruan alam di sebalik semak di persimpangan  suatu jalan, waktu tu malam bulan penuh.. mengambang. Wooo…! bunyi anjing menyalak beberapa kali, dan sekali dua aku pun membalas “Wooooo aku tumpang lalu je kat sini..jangan kacau aku ok?”. Aku bukan apa saja nak cuba berkomunikasi secara interaktif sesama makhluk.. supaya mereka jangan mengganggu kawasan sejagat yang aku berada sekarang. Sewaktu aku asyik melayan perasaan menyahut seruan alam.. tiba-tiba..! aku dengar sayup-sayup suara wanita meminta tolong.. kalau korang nak pergi nengok ke tak? Well untuk mengelak pembaca daripada merasa aku adalah seorang yang penakut, aku pun pergi tinjau. Setelah selesai aku menyucikan diri, maka aku keluar dari semak dan perlahan-lahan mendekati suara yang aku dengar tadi. Alangkah terkejut besarnya aku apabila melihat seorang perempuan sedang berdiri beberapa meter dari tempat aku berdiri, rambutnya panjang mengurai melepasi bahu.. manakala udara yang dihirup sungguh wangi . Aku..aku.. tak takut.. kalau setakat mail lambung (note : mail lambung adalah watak dalam maharaja lawak 2011 yang dibawa oleh Zizan) sekali jentik dia dah tumbang apatah lagi.. “Awakkkk”.. tiba-tiba perempuan itu menjerit..sambil berjalan kearah aku.  “ Makkkk ..! Tolong ! Saya masih teruna jangan apa-apakan saya.. ‘, kalau korang mesti lari punya kan.. aku tak,lalu aku pun pengsan. Apa..? nak ketawa..? ketawe lah.. hero kalah dulu bai, tengah-tengah cerita nanti baru dia bangkit. Disambungkan cerita, aku dikejutkan oleh satu suara yang amat merdu yang tak pernah aku dengari sebelum ini.. jika nak dibandingkan dengan  Ning Baizura.. aku rasa suara dia ada iras-iras dengan Taylor Switf kot. Aku membuka mata, ayat pertama yang aku sebut di dalam hati “ Bidadari dari Padang Mashar..alangkah bertuahnya jika aku dapat memeluk mu..” papppp ..! satu penampar singgah dipiku. “ Ishh apa awak ni, berangan ke? Mana ada bidadari tengah-tengah hutan macam ni. “Oh ye ke ? habis yang depan mata saya kalau bukan bidadari maknenya Haaaaanntuuuu..! arghhh..”, pappp..! sekali lagi penampar yang tidak diduga singgah dipipiku. “Adoi.! Penat saya pakai fair and lovely tiap-tiap hari, tak pasal-pasal bengkak muka”, “Awak kan lelaki kenapa pakai pencuci muka perempuan.. tak tahu malu..” balas perempuan tersebut sambil ketawa memegang perutnya. “Habis awak ni manusia lah eh ?”,ucap azali “Iye.. manusia”, balas perempuan tersebut yang masih lagi ketawa.”oh.. hehe saya buat-buat pengsan je tadi (cuba cover line) bukannya pengsan betul-betul pun”, ucap Azali penuh bersemangat. “Oh iye ker ? sebab tadi masa orang tu pengsan.. seluar dia basah..”, balas perempuan tersebut memandang penuh makna. “Ahhh.. mana ada.. kering woo.. kantol sudah..”. jawab Azalii merapu. “haha gurau je lah.. apa awak buat kat sini malam-malam macam ni?”. Soal perempuan tersebut. “Sepatutnya saya yang tanya  awak, apa yang awak buat kat sini (covel line sekali lagi untuk mengelakkan perempuan tersebut tahu yang dia tengah menyahut seruan alam) dah laa awak tu perempuan, sorang-sorang pulak tu.. tak takut ker?”,soal Azalii. “ Nak buat macam mana tiba-tiba kereta saya buat hal. Padahal baru tahun lepas saya service  kereta ni.” Keluh perempuan tersebut.  “ Makcik oi ..! tahun lepas awak service bendealah ni.. mana dia tak meragam..kurang-kurang dua ketiga bulan sekali awak service”, jelas Azali. “ye ke?.. saya tak berapa tahu sangat tentang kereta..awak boleh tolong tengok-tengokkan tak?”, minta perempuan tersebut. Dalam hidup aku belom pernah aku repair kereta,motorsikal yang aku guna tu pun aku tak penah godeh. Tapi dia punya pasal den try jugak lah. “itu..itu.. ok, saya boleh tengok-tengokkan mana yang rosak saya akan betulkan”, ucap Azalii dengan nada tegas. (Sejam kemudian) “Ok.. Start enjin..” Ehntttttt…Broooomm..brommm.. “Yeah.. awak kereta saya dah hidup.. terima kasih”, “sama-sama.. alah tak payah ucap terima, kacang jer tu (situasi sebenar : setelah lima puluh lima minit mencari punca kerosakan baru aku perasan tangki air kereta dia kering rupanya.) “ Oh well, tak payah bagi duit atau sebagainya saya cumaa nak mintakk..”, “ Awak terima kasih tau.. jumpa lagi..! saya nak kena balik cepat ni..”, “Aaaaa nnntii ..” Brooommmmmm …. “uhuk..uhuk.. asap je yang dia bagi kat aku..!”, Ada ke patut minah tu blah macam itu je .. bukan setakat nama dia tak beritahu kat aku, duit pun tak hulur.. cekodok betul lah perangai dia, atleast bagilah number talifon dia kat aku.. senang aku nak tanya khabar”. Macamtulah ceritanya, tapi tu cerita tiga tahun lepas punya.. sampai sekarang aku masih tertanya-tanya siapa nama perempuan tu..kat mana dia tinggal.. dah kahwin ke belum,dah makan ke belum dia,mandi tak tiap-tiap hari..humm mungkin aku tak ada jodoh kot dengan dia jadi nak buat macam mana kan. Jadi aku menjalani hari-hari biasa seperti biasa. Sejak tiga tahun lepas aku menjalankan aktiviti sihat, aku tidak melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah, aku juga tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti maksiat mahupun gejala social.. tapi yang aku tak faham why my mother always keep berletiak kat aku tiap-tiap hari. Padahal aku adalah anak yang cukup sopan santunnya yang patut dicontohi golongan remaja-remaja di luar sana. “engkau ni Za.. sampai bila nak jadi macam ni.. cuba lah berubah, jadi macam anak-anak orang lain, malu mak Za..”,leter mak Azali setiap pagi.  Korang nengok masuk ni dah tiga ribu dua ratus dua puluh empat kali mak aku berleter guna ayat yang sama, mana aku tak tegang tahap gaban.. gunalah perbendaharaan kata yang lain, baru sedap telinga mendengar. “Mummy..mother.. mak, nak saya jadi macam mana lagi? Setiap hari saya bangun awal, masak breakfast  untuk mak, tengah hari saya masak launch untuk adik-adik, petang saya pergi main bola, malam saya mengajar adik-adik study.. tak cukup ke tu?”, soal Azali sambil memetik gitar ditangannya. “Mak bukan apa Za, kau tak nak ke kejar cita-cita, ko tak nak ke dapat kerja besar-besar macam kawan-kawan kau, Zulkifli anak Salim kerja engineer, Mira anak Ali, jadi doctor.. Mak nak juga nengok anak mak berjaya, kau tak nak banggakan mak?”. Ucap mak Azali. “ Mak bukan tak tahu, jiwa saya ni belum sampai seru nak kerja.. mood tak datang lagi tu yang saya lepak dengan Adha tiap-tiap hari cari ilham”, jelas Azalii. “Kau nak tunggu sampai tuhan seru kau baru kau nak keje..? haaa apa lah faedahnya kau lepak dengan Adha tu.. dua-du penganggur bahagia.. asyik buang masa je”, sindir Mak Azalii. “ Ya memang kami penganggur bahagia, yang penting kami tak buat hal macam budak-budak mat rempit, jadi peragut atau sebagainya..”, ucap Azali lalu bingkas bangun dan menyimpan gitar di dalam biliknya. “Kau nak kemana pulak tu?”, soal Mak Azali. “Macam biasa la mak,hari ni saya ada meeting dengan Adha, saya janji pukul tiga dah terpacak depan rumah , tak boleh mungkiri janji..sharp timing..ok mak saya pergi dulu, baju saya dah siap basuh mak tinggal sidai”, Azalii mencium tangan maknya. “ahh yalah, nanti jangan lupa mintakkan mak daun sirih dekat mak Adha, mak nak buat ubat”, ucap mak Azali lalu bangun dari kerusi dan pergi ke dapur. Tin..tin Azalii membunyikan hon motornya setelah sampai di depan rumah Adha. “ Awal kau hari ni Za.. record”, Adha kelaur dengan memakai t-shirt dan berseluar pendek sambil membawa sepinggan cekodok goring pisang. “Alah aku lari dari mak aku, asyik membebel je.. boringlah.”, “ haha jom duduk dekat pangkin tu..”, ajak Adha. “ Peh langkah kanan aku hari ni..sapa buat? Adik engkau ke?”, soal Azali. “Taklah nenek aku yang buat”, blasa Adha spontan, “Rugilah .. hehehe kalau adik ko yang buat sedap sikit”, ucap azali sambil menelan air liurnya. “ Miza nak masak, alamat sampai tahun depan orang kat dalam rumah ni tak dapat makan, jerang air pon tak reti apatah lagi memasak”.  “Nyum..nyumm… tak baik kot kau kate adik kau macamtu.. kalau dia tak pandai biar aku tolong ajarkan”, balas Azali. “Aak.. payah.. mmmbazirrr..” ucap Adha sambil cuba menelan cekodok yang dikunyahnya. “Za hari apa cerita nak kita bentangkan, semalam kita discuss tentang masa depan dunia pada tahun dua puluh lima puluh.. “,ucap Adha semangat. “ Aku ingat nak pergi bermastautin kat tempat lain laa..”, balas Azalii ringkas. “Wah tajuk bagus ni.. aku suka”, ucap Adha sambil memasukkan dua biji cekodok sekali harung kedalam mulutnya. “ Aku serius ni bai.. aku dah lama fikir, tapi tak tahu nak kemana hala tuju yang aku patut ambil,” ucap Azalii sambil mengerutkan dahinya,wajahnya menunjukkan expresi marah. “Wo bro, jangan buat muka lu tegang, darah tinggi nanti aku”, “Aku memang nak keluar dari kepompong kebahgian yang dah tiga tahun kita bina ni, aku dah fikir panjang.. aku nak berhijrah ke kuala lumpur bulan depan”, Balas Azalii serius. “Ishh bro kau betul ke nak pergi KL? Habis aku macam mana.. sape nak planning aktiviti harian aku..?”, ucap Adha sambil membuat memek muka kesian sambil menghentak-hentak cekodok yang berbaki.”Sampai bila kita nak hidup macam ni, aku tak ada cita-cita, tapi aku nak juga berjaya…(walaupun aku tak tahu nak Berjaya dalam bidang apa)”, “habis apa yang kau nak buat kat KL nanti?”, soal Adha. “Kita nengok arus takdir, aku ikut haluan angin.. kalau ke barat..baratlah aku pergi,kalau ditiup keselatan maka selatanlah aku tuju”, Azalii berkata-kata sambil berdiri diatas pangkin sambil jarinya menunjuk kearah langit dan menjerit, “KLLLLLLLL aku datang …!”. “Woi mat anak gua nak tido ni, asal lu memekak kat sini, aku parang karang..!” ucap Makcik Rock, jiran sebelah rumah Adha sambil bercangkung diatas tingkap rumahnya dan memegang parang ditangan kanannya. (makcik tersebut mendapat gelaran sedemikian kerana dia sering mengucapkan kata-kata yang agak kasar) “Za kalau kau jadi famous kat KL jangan lupa aku, kalau raya kau balik bawak lah ole-ole.. aku suka patung Boboboy..” ucap Adha sedih. “Wei aku nak mintak daun sirih, mak aku nak..”, “ko pergi petik laa kat belakang .. tapi jaga-jaga sikit semalam ular sawa Pak Lokman terlepas dari sangkar dia..”, monolog dalaman oleh Azali, “ Macam mana lah aku boleh membesar dalam kampung ni, ada yang rock,ada yang bela sawa, ada yang bela buaya kat dalam kolam depan rumah.. yang tak patut Makcik Besah rumah dia dah macam zoo, singa ada.. gajah ada..macam-macam ada..tak patut.. tak patut.

Maka dijadikan cerita, sebulan kemudian aku berangkat ke Kuala Lumpur.. itulah first pengalaman aku keluar dari kampung halaman dan berjauhan dengan family aku.  Tapi sebenarnya aku malu nak beritahu kat korang, dalam masa aku nak naik bas ke kuala lumpur, bas yang aku naiki berehat sementara di R&R, maka aku pun turun untuk mengisi perut aku yang kebulur ni, masa aku tengah makan tiba-tiba pakcik sebelah meja makan aku kene sawan babi, aku dengan rasa bangga cuba melakukan sesuatu.. mana taknya kalau korang nengok orang kat sebelah korang mata terbeliak mulut berbuih.. korang tak panic ke? So aku pun panggil ambulan.. macam tulah ceritanya, bangga gak aku jadi hero sekejap.. tapi tu bukan cerita yang aku anggap memalukan .. cerita yang memalukan ialah.. lepas je aksi pakcik sawan babi tadi, tiba-tiba pulak perut aku meragam.. aku pun pergi la membuang hajat di pembentungan, buang punya buang aku tak sedar dekat lima belas minit jugak aku terperuk dalam jamban tu. Aku pun segera keluar takut bas tinggalkan aku, tup tup aku nengok bas yang aku naik masih terpacak kat tempat parking jadi aku pun menyambung makanan yang tersisa tadi(tak sedar bas sebenar sudah meninggalkan R&R tersebut).. tinnnn, bunyi hon bas dibunyikan, aku pun naik.. disebabkan kekenyangan teramat, aku pun terlelap. Bila bangun jer aku nengok bas masih bergerak di lebuh raya..”Peh jauh jugak Johor dengan Kl dah dekat sepuluh jam tak sampai-sampai lagi, maka tanpa sebarang tanda tanya atau prasangka aku pun melelapkan mata. “Okey kita dah sampai, sampah jangan lupa bawak turun eh”, ucap pemandu bas lalu keluar dari bas. “ Wuuuaaaahh sedapnya tido, dah sampai.. hummm, apa-apa pun pergi bolot nasi dulu pastu round satu KL puas-puas”. Lalu aku pu turun dari bus untuk mengambil beg dari tempat simpanan barang, alangkah terkejutnya aku.. beg aku tak ada di tempatnya. “Bang ..! mana beg say bang..? kenapa tak ada? “ soal aku resah (menggigil aku). “Eh awak letak kat mana semalam, macam mana boleh tak ada.. dah kosong tempat letak barang ni dah tak ada beg”, ucap pemandu bas tersebut kehairanan. “ Adoi bang macam mana boleh jadi macam ni, nii first time saya sampai KL, tak kan dah dapat masalah macam ni kot.. tolong saya bang semua dokumen dan duit saya ada kat dalam beg tu”  ucap Azalii  “, Suaranya tersekat-sekat. “Eh dik, tadi adik kate first time datang KL?,” soal pemandu bas tersebut. “ Ye lah ..pertama kali ni saya pijak KL.. abang tak percaya ke?”, “Oh adik boleh bagi abang tiket adik tak.. abang nak check ..”. “ Nah bang ni tiketnya”, hulur Azalii. “Laa adik salah naik bas ni, adik sekarang kat perlis”. Peh saat aku mendengar ayat yang dikeluarkan oleh abang bas(singkatan) hancur punah jantung aku, macam mana hero cerita ni boleh salah naik bas, segan bai.. tak sanggup aku nak teruskan cerita.. sampai ada yang kata, “Tukarlah tajuk cerita ni, Azali salah naik bas”, nengok-nengok.. aku dah agak korang yang akan cakap macam tu, yelah aku sedar aku ni katak bawah tempurung bas pon boleh salah naik. Tapi cerita salah naik bas ni bukan ending cerita aku, tapi sebelum tu kepada korang yang lemah jantung atau mempunyai masalah kesihatan agar pergilah telan ubat-ubat yang telah diberi oleh doctor kerana aku Cuma ingin menyampaikan bahawa kesihatan amat penting dan perlu dijaga, bak kata pepatah ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’. Fulamak dah macam doctor falsafah aku berucap.. okey.. ok, jangan marah..! Aku sambung cerita aku..  maka setelah aku mengetahui yang aku tersalah naik bas hingga sampai ke kangar, terkapai-kapailah aku keseorangan dekat sini, pada minggu yang yang pertama hidup aku kat sini memang selesa sebabnya duit pon berkepuk lagi.. masuk je minggu kedua rupa aku dah macam orang mintak sedekah, masuk minggu ketiga rupa aku dah tak macam orang,comot,serabai dan kotor…disebabkan itu aku cuba berusaha untuk pulang ke Johor atau ke KL  walau apa cara sekalipun.. aku pergi mintak sedekah, aku kumpul tin kosong, kadang-kadang aku sampai terfikir,”Lelong-lelong..jual-jual .. sapa nak beli aku .. murah-murah”, terdesak punya pasal. Sewaktu aku kat kangar ni baru aku sedar memang susah nak berdikari, ni baru kangar belum KL. Betapa peritnya aku rasa untuk hidup kat sini hanya tuhan sahaja yang mengetahuinya. Disebabkan aku seperti peminta sedekah, orang yang aku cuba mintak tolong tak nak tolong aku. Mungkin diaorang jijik melihat aku macam ni,sedih… korang kalau dtimpa nasib malang macam aku apa korang rasa.. jadi korang bersyukurlah diatas kenikmatan yang korang punyai sekarang ni. Disambungkan cerita pada suatu hari sewaktu aku sedang usha-usha siapa yang nak pergi KL kat kawasan sekitar bandar ni, bukan apa mana tahu boleh tumpang free..nak beli tiket mahal, tiba-tiba aku jumpa sorang mamat nih. “Dik nak pergi KL eh ? abang boleh tumpangkan”, ajak lelaki tersebut yang memperkenalkan dirinya sebagai Man. “Peh bang memang dah lama saya tunggu saat ni bang, abang lah orang paling baik kat dalam dunia ni”. “Okey kalau betul kau nak tumpang, kau kena tolong abang bawak benda ni, abang nak kau pegang jangan lepaskan walaupun polis ke.. orang ke mintak beg ni okey..”, jelas Abang Man sambil memberi beg yang sudah lusuh kepada Azali. “Kerja senang bang, tak ada hal laa.. tapi kita nak bawak pergi mana barang ni bang?”, soal Azali. “ lagi satu nah ni passport kau, pegang.. nanti masa kita lepas pondok keselamatan kat sempadan abang nak kau buat-buat gila, faham ?”. “Buat-buat gila saya faham bang tapi yang berkaitan dengan passport ni apa kene mengena dengan saya”, Soal Azalii. “kita hantar barang ni kat sempadan kejap, lepas hantar kita pergi laa KL.. ko nak tolong ke tak, kalau tak nak abang cari mamat lain”. “Eh saya nak bang..saya sanggup”. Maka aku pun tolong Abang Man menghantar beg tersebut kat sempadan. Setibanya di sempadan aku pun turuti apa yang Abang Man suruh.. aku berlakon jadi orang gila dan kami terlepas dari sekatan. Setelah lebih dua jam perjalanan maka kami tiba di tempat penyerahan barang tersebut.kami berhenti dihadapan sebuah pondok using di sebatang jalan yang dikelilingi dengan semak yang tinggi. “Kau duduk diam-diam kat sini, abang nak jumpa orang yang incharge tempat ni”. Selang beberapa minit kemudian. “Aduh nak terkencing pulak dah..”. lalu aku pun pergi membuang air di celah semak disebelah pondok tadi.. dan aku secara tak sengaja mendengar perbualan yang mencurigakan, aku pun skodeng pondok tu, aku tak faham apa yang mereka bualkan kerana aku percaya mereka bertutur dalam bahasa Thailand.. tetapi daripada yang aku dapat lihat mereka sedang bertengkar besar. Ada empat orang semua sekali dalam pondok tersebut, mereka mengelilingi Abang Man.. aku dapat lihat salah seorang daripada mereka memegang sebatang kayu. Tiba-tiba salah seorang dari mereka meninggikan suara bernada tidak berpuas hati.. maka tidak semena-mena lelaki yang berada di belakang Abang Man menghanyunkan kayu ditangannya mengenai belakang kepala Abang Man. Abang Man jatuh ke lantai dan tidak sedarkan diri manakali dari umbun-umbun kepalanya darah  mengalir tidak berhenti, aku tergamam menyaksikan aksi  yang tidak boleh ditiru di rumah tersebut, lalu aku melancarkan strategi anjakkan paradigma iaitu melarikan diri sebelum diri aku ditangkap dan menjadi mangsa keadaan seperti Abang Man. Saat aku memusingkan badan itulah kali kedua aku terperanjat beruk paling terkejut selama aku hidup, aku lihat seorang perempuan yang manis rupanya dan berpakaian amat seksi untuk dipandang betul-betul berada seinci dari muka aku saat aku memalingkan muka kebelakang.. jadi seperti biasa, aku pun pengsan. Aku dengar samar-samar orang mengelilingi aku, lalu terasa aku digolekkan kesana kemari dan kemudian kelima-lima deria rasa aku tidak dapat berfungsi seperti biasa, jadi aku menganggarkan aku telah mati. Tiba-tiba aku dikejutkan oleh satu suara garau dan dia menggunakan bahasa komunikasi antarabangsa yang aku fahami.. aki ingatkan aku dah kat kubur tadi malaikat datang menyoal, panjang lagi umur aku..allhamdullillah. Aku dikurung didalam bilik yang agak sempit dan dan agak berbau manakala cahaya matahari samar-samar memasuki dari lubang-lubang kecil menampakkan wajah tua yang membangunkan aku tadi. “Are you alright men?” soal lelaki tua tadi. “I am okey.. just where we are exactly?”. “Someone tied us..i don’know where we are actually, what is your name men? How you get in here?”, soal lelaki tua tersebut dengan suara serak basah. “I don’t know, I always unlucky since I out from my villige.. wrong bus, now became immigrants… mybe after this I will be sent to London kot, ummmm.. sorry my babbler.. . my name Azalii.. and you old man?”, aku cuba meluahkan rasa geram. “ My name is Kang Beom Sung.. I from korean..”. “Do you mind I ask you something..? we still in Thailand right..?”. “Yeah .. we still in Thailand”. “ Arghh.. lega aku.hey. old men Kang how do you stuck here..”. “ I’ve been kidnapped by some terrorist, they bring me here..as hostage.”, Jelas Encik Kang. “Terrorist..gulp..gulp..”.  Krakkk .. pintu di hujung bilik tersebut terbuka dan seorang perempuan masuk sambil membawa dulang makanan.. lalu perempuan tersebut sambil berpeluk tubuh memandang tajam kearah mereka. Kemudian masuk seorang lelaki berpakaian lusuh dan berseluar jeans koyak dilutut sambil memegang pistol ditangan kirinya. Dia membisikkan sesuatu di telinga perempuan tersebut.. lalu perempuan tersebut ketawa, sambil memandang kearah Encik Kang dan Azali  dan kemudian mengomel sesuatu lalu keluar dari bilik tersebut. “Azali They want to get us out here… after that she will kill you.. we must find a way to run..”.”what.. can you untied my rope .. please hurry ..”, Encik Kang mencuba membuka tali yang mengikat tangan Azali dengan segera.. tiba tiba.. Bang ..! Bunyi beberapa das tembakan kedengaran dari luar, di luar berlaku aksi tembak -menembak dari pihak pengganas dengan askar kerahan dari Thailand untuk mencari dan menghapuskan pengkalan dan pengganas di Thailand. Sewaktu  aku cuba melarikan diri, time tu suasana memang mencemaskan, mayat terbongkang sana-sini, darah merata-rata, kanak-kanak menangis, dan orang bertempiaran lari seperti kiamat datang. Aku dengan kawan baru yang entah mana asal-usul yang aku tak tahu, cuba lari dengan menyusuri sungai dan terus masuk ke dalam hutan. Peh aku cakap, dah macam pelarian, wakenabeb ! macamnilah agaknya kalau hidup dalam zaman peperangan, tak pernah nak aman. Jadi kita seharusnya perlu menghargai keamanan yang telah kita kecapi selama ini, jangan sia-siakan, sempat jugak aku bagi nasihat, aku